Nadhirah's Blog

MaKiNg ICT aS My wOrLd

NeW IcT TaSk!!!

9:30 PM by NADHIRAH aka xxwhitechocolatexx

assalamualaikum...oleh kerana blog IT ini sudah ditegur oleh Pn. Zalina (Guru ICT saya) sekarang saya mestilah menulis di blog in dengan menggunakan bahasa yang betul...
sebenarnye sudah lama cikgu menyuruh pelajar-pelajar kelas ICT membuat refleksi berkaitan setiap kelas ICT yang kami hadiri di sekolah...

Jadi hari ini, saya ingin membuat refleksi berkenaan kelas ICT saya pada hari ini....
Sebenarnya bermula daripada semalam kelas ICT kami (5 Pluto) terpaksa digabungkan dengan kelas ICT lain (5 Jupiter) disebabkan pelajar IT di kelas mereka sudah berkurangan menjadi 8 orang (sama dengan jumlah kelas kami... Suka atau tidak terpaksalah kami menerimanya..
Kelas pada hariini agak menarik juga kerana kami diberikan tugas baru(kerja kursus). kami perlu membuat satu buku skrap berkaitan MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN/ BISNES/ ENTERTAINMENT...
Saya berhasrat untuk membuat tajuk ENTERTAINMENT, tetapi setelah mendengar penerangan daripada Pn. Zalina...saya rasa tajuk MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN lebih baik dan mudah...